Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Menteri Luar Syria berkata bahawa penyertaan Arab Saudi dan Qatar di dalam dialog Astana hanya akan dibincangkan setelah kedua-dua negara setuju untuk menyokong kumpulan militan di negara Arab itu. Kenyataan yang dibuat pada hari rabu itu menunjukkan keengganan Syria untuk melihat kedua-dua negara tersebut di dalam dialog Astana.
"Sejurus selepas Qatar dan Arab Saudi menghentikan sokongan mereka ke atas keganasan, kami akan membincangkan tentang penyertaan mereka di dalam dialog itu," kata Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Meqdad.
Kazakhstan dijangka akan menganjurkan dialog perdamaian Syria itu pada minggu depan. Dialog itu didukung oleh Rusiam Turki dan Iran.
Rusia dan Iran adalah dua negara yang merupakan sekutu kuat Damsyik. Turki pula setakat ini dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan militan sepertimana Arab saudi dan Qatar.
18 Januari 2017 - 20:32
News ID: 805817
Timbalan Menteri Luar Syria berkata bahawa penyertaan Arab Saudi dan Qatar di dalam dialog Astana hanya akan dibincangkan setelah kedua-dua negara setuju untuk menyokong kumpulan militan di negara Arab itu. Kenyataan yang dibuat pada hari rabu itu menunjukkan keengganan Syria untuk melihat kedua-dua negara tersebut di dalam dialog Astana.